Warisan Gamelan Seranteh telah diberi penghormatan untuk membuat persembahan bagi menghiburkan pengunjung-pengunjung Festival Jalanan Tasik Shah Alam Selangor. Warisan Gamelan Seranteh telah berjaya menghiburkan pengunjung-pengunjung festival terutama pelancong-pelancong asing. Pihak kami mengalu-alukan kepada semua pihak yang berminat untuk mendapatkan khidmat persembahan gamelan dan anda boleh menghubungi pihak kami bagi mendapatkan keterangan selanjutnya.
Kami daripada Warisan Gamelan Seranteh hanya ingin menunaikan amanah bangsa demi untuk meneruskan kesinambungan warisan kita, semoga tidak usang ditelan zaman tidak lapuk diburu masa.
Sekian, sila berhibur.
Terima Kasih
Sekapur Sireh Dari Pertubuhan Seni Silat Seranteh Serlangor
Pertubuhan Seni Silat Seranteh berasal dari Kg Ngeranteh, Tambak Redjo, Tanah Seberang, Indonesia.
PERSIS telah diasaskan oleh Tok Guru Hj Ahmad Bin Nirun PJK yang telah mempelajari ilmu persilatan seawal usia 12 tahun daripada Datuknya yang dikenali sebagai Tuan Hj Alias atau lebih dikenali sebagai Mbah Lias yang tinggal di Jambi, Tanah Seberang, Indonesia.
Pada awal 50 an lagi beliau sudah mula membuka gelanggang persilatan di Kg Mentaram, Klang, Selangor dan pada masa tersebut telah dianggotai seramai 50 orang yang di naungi oleh Badan Pemuda Pemudi Klang. Seterusnya beberapa gelanggang-gelanggang persilatan telah dibuka iaitu di Jalan Hassan, Sg Udang, Jalan Yadi, Kg Keretapi, Pandamaran Jaya, Sg Sireh dan Batu Belah dan Amazing Heights Sg. Udang, Klang Selangor.
Pertubuhan Seni Silat Seranteh juga telah menyertai pertandingan-pertandingan silat dan telah mendapat keputusan yang cemerlang. Pernah menjuarai pertandingan samada diperingkat negeri mahupun kebangsaan.
Pertubuhan Seni Silat Seranteh mempelbagaikan cabang kesenian lain dengan menubuhkan pasukan Gamelan. Warisan Gamelan Seranteh telah terbukti dan tergolong dalam kelompok pasukan-pasukan gamelan terbaik dan sentiasa mendapat jemputan-jemputan untuk mengiringi pesilat-pesilat dalam pertandingan silat samada peringkat negeri dan kebangsaaan. Warisan Gamelan Seranteh juga pernah menjadi Naib Juara di Festival Musik Tradisional Malaysia. Gamelan Seranteh kerap membuat persembahan diatas jemputan syarikat-syarikat swasta seperti hotel dan majlis-majlis keramaian.

Pena Pengasas Seni Silat Seranteh Selangor
SERANTEH
Semangat Setia Selangor
Sedang merancang dan melatih seberapa ramai anak-anak muda yang berminat dalam ilmu persilatan.
Selembar puisi berjudul ' SILAT ' yang diabadikan oleh Bapak Ahmad B. Nirun PJK.
SIM, YA, LAM, TA
Semangat, yakin, luhur dan takwa itulah pengertian silat. Silat juga adalah simbol alat seni beladiri merangkumi cabang budaya Pusaka Pertiwi warisan bangsa, yang harus ada pada anak-anak muda zaman sekarang.
Ku seru pada semua Bapak-Bapak Guru yang mulia lagi bijaksana marilah sama-sama berpadu tenaga untuk menghidupkan semula seni budaya silat lagenda, semoga tidak usang ditelan zaman tidak lapuk diburu masa.
Anak-anak tersayang para belia tercinta, ayuh bangun pergilah, tinggalkan mimipi-mimpi indah..kalian pergi cari dan cari cepat dimana adanya gedung silat. Andai kepuncak gunung nan tinggi..kau daki, kelembah lurah..kau redah, sekalipun terpaksa meniti onak duri..kalian turuni. Cicir di kutip tiada di cari, yang patah biar tumbuh hilang biar berganti.
Sekian terima kasih.
Dari Pena Arjuna Nirwana..Wassallam

Saturday, August 29, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)